Followers

Sunday, February 12, 2017

ALHAMDULILLAH MISTIK ITU BERAKHIR JUA

( Makhluk apakah yang menyamar sebagai suami dan bersamaku selama ini)

Cr to Kakcik Jasni

Namaku Nor Azah,seorang Guru..sudah berkahwin. Jodohku seorang guru juga. Alhamdulillah, perkahwinan kami dah hampir 17 tahun. Cerita mistik ni bermula 4 tahun lalu bila suamiku selalu keluar rumah untuk pergi mengurut orang ..Untuk pengetahuan semua mertuaku suami isteri ni pandai mengubat org aka Bomoh Tradisional. Jadi tak heran la suamiku ni boleh mengurut...seperti mengurut org yg sakit urat,terseliuh dan patah yg tidak serius.

Mulanya aku tak perasan sangat kejadian aneh yg berlaku dalam rumahku..seperti air paip yang mencurah curah dalam bilik air dan TV yang terpasang dan tertutup sendiri... sebab aku fikir anak anak yang lupa nak tutup paip lepas guna...lupa nk tutup suis TV... Itu masa anak anakku yang 4 orang ni masih ada kat rumah...Sekarang 2 anakku dah masuk asrama tinggal 2 org lg yang berumur 16 dan 8 tahun yang setia menemaniku bila abah diorang keluar berkhidmat.

Masa tu jam 9 mlm..aku sibuk memeriksa kertas jawapan murid.Tiba tiba kedengaran seperti sesuatu jatuh ke atas bumbung rumahku...bergolek golek kat atas bumbung...aah kucing kot...bisikku untuk menyedapkan hati..Lama kelamaan aku perasan setiap kali suamiku tiada kat rumah mesti ada kejadian pelik...Bnyk kali jugak aku nampak bayangan budak berlari keluar masuk ke bilik tidurku..bila aku bagitahu suami,dia cakap aku banyak sangat tengok cerita seram kat Tv..😪...aku diam...malas nak bertekak...Yang aku pasti ialah setiap kali kami 'bersama'.. akan demam berhari hari...seluruh badanku akan sakit sakit.

Suatu hari aku terbaca 1 post di FB Kak Chik Jafni. Tajuknya Perkahwinanku tak Semanis Honey.
Aku jadi tertarik membaca seluruh cerita tu..aku tak fikir banyak terus mesej tanya tentang keistimewaan #BVSM ni dan harga seunit. Uurm boleh tahan jugak harganya. Tapi disebabkan hatiku yang meronta ronta nak pulihkan kesihatan diri. 3 hari lepas tu Bvsm dah jadi milikkku.

Malam tu aku buka Bvsm untuk guna buat pertama kalinya. Kebetulan malam tu suamiku tiada di rumah,hanya tinggal aku,Afiq 16 tahun dan Afif 8 tahun.aku baring dan selimutkan badan. Tiba tiba aku ternampak 3 lembaga yang hodoh dan mnyeramkan di penjuru bilik. Spontan aku memekik "AllahuAkbaar". 2 org anakku meluru masuk dan menerpa ke arahku. melompat naik ke atas katil dan memelukku dengan erat.."Ya Allah...Ummi...ape benda tu??".anak-anakku pun nampak ape yang aku nampak....!!kami terus menyorok dalam Selimut Bvsm..sampai suamiku pulang jam 3 pagi,kami tak dapat lelapkan mata..kami cerita kejadian yang dialami tadi. Reaksi suamiku tak percaya.

Malam ke 2,aku masih nampak makhluk tu berdiri kat penjuru bilik. Memerhati aku dan suami tidur.
Esok aku cerita kat suami...dia bukan saje tak percaya malah tuduh aku reka cerita Mlm ke 3 dan seterusnya bila suami balik lambat aku akan bawa Bvsm ke bilik anak dan selimut bersama sama denganku...dorang tidur lena sekali.

Suatu mlm aku lihat suamiku dh tidur. Aku ambik Bvsm dan selimutkan atas badannya Tiba tiba dia menggelepar. Matanya merah macam biji saga, mulut berbuih buih, suara garau macam guruh.
Ini bukan suamiku. Tapi siapakah dia...??

Seketika kemudian dia x sedarkan diri...aku segera hubungi kawanku,kebetulan adiknya Ustaz yang tinggal selang 4 buah sahaja dari rumahku..dia datang bersama sama kakaknya..cuba pulihkan suamiku. Alhamdulillah suamiku sedar, dia langsung tak tau ape yang terjadi kepadanya tadi.
Terima kasih Allah asbab #BVSM semua pulih dengan izinMu .Syukur .

No comments:

Post a Comment